Pages

Monday, February 24, 2014

Animagis Snd Bhd

Alhamdulillah rezeki, berkat doa aku dapat juga praktikal di Animagis.
kenapa Animagis?
sebab, animagis ni la yang datang ajar masa kami kursus "Adobe Photoshop dan 3D animation" di Sightech. Dan mereka jugalah mula-mula memperkenalkan tentang software BLENDER ni. So, aku beranggapan mereka akan lebih arif dgn software ni. bila dipertontonkan trailer 'Si Bongkok Tanjung Puteri' aku rasa excited sgt nak tgk macam mana dorang bekerja dalam bidang animasi ni. Mesti seronok.

teaser untuk animasi "Si Bongkok Tanjung Puteri"
 (not bad la kan..)

Thursday, February 20, 2014

Kursus Photoshop dan 3D animasi.

Jumpa iklan, tak fikir panjang terus isi.
"Ini mgkin peluang besar!"

So far terasa diri ni blaja advance dari basic. haha

tools sampai terfikir fungsi sebenarnya apa. haha
apa pun great experience la sepanjang kursus tu. (even duit elaun sangkut!!)
so ni hasil ilmu yg berjaya aku dapat sepanjang kursus 2 minggu tu

minggu pertama belajar adobe photoshop.
Poster utk task Photoshop
minggu kedua belajar 3D animation. :) berkenalan dgn software baru namanya BLENDER.

belajar modelling pencil.










Logo deosem versi comel. from Adobe illustrator to Blender. (animation tast)



inilah hasilnya selepas di convert kepada 3d animation for my personal logo. :)



apa pun, kalau nak seribu daya, tak nak seribu dalih. 
maksud aku, kalau nak maju kita sndiri usaha nk mempertingkatkan ilmu yang dah sedia ada. betul x?
kbhai!

Tuesday, October 23, 2012

Kerja terbaik aku sem 4 ni.

Final projek 3D aku. Nintendo 3DS.

ape je yg aku buat??

software:
Autodesk MAYA.

mula2 aku kene bentukkan dari bentuk basic (cth: cylinder, cube, dll) kepada bentuk game boy Nintendo 3DS ni. :) dah siap membentukkan, kene masukkan kaler/texture. (Blinn, pong, or Miaa) 

dah siap, masuk camera editing plak. ni proses nk memvideokan benda alah tu. :) 
so setiap view yg kite tgk dalam video tu, adalah setiap camera moving yg telah setting kan. :) menarikkan? 

final process ialah rendering. rendering ni process utk save video tu utk jadi kepingan2 gambar (depends pada setiap individu. nk save jadi video pn boleh.) bile dah dicombinekan semua2 gambar2 tu, baru la jadi video.

Untuk final touch up.
aku guna software Sony Vegas. 
tak banyak pn yg aku edit2. cuma tambah lagu+sikit text. 

aku amek masa dekat 3 minggu jugak utk siapkan sume nie. sbabkan baru proses nk belaja, so aku kene test dlu stiap bnda dalam MAYA tu. 

Kalau dibagi bintang, aku bg 3 1/2 dari 5. puas tu ada, tp still xpuas sangat. sbab aku tau aku boleh buat jauh lebih baek kalau aku boleh hadap benda ni saja. (kene consider jgak aku ada subjek2 laen)

InsyaAllah, aku akan cuba perbaiki kelemahan aku dari masa ke semasa. byk lagi yang aku kene polish.
doakan aku ye. thnkx sbab bace. :)

Wednesday, September 26, 2012

Tolong menolong.


Sejujurnya, aku suka bila orang suka pertanyakan pendapat aku. Tak kisah dalam apa pun perkara. Lebih-lebih lagi dalam belajar. Aku senang nak berkongsi. Tapi kenalah ada give and take. Dan bukan buat aku mcm BABU. (bkn babi yer, mencarut tu adalah xshat. haha) 
Maksudnya, minta tolong buat cara mcm nk minta tolong, means tunjuk ajar dan bukan lah menggunakan khidmat dan idea aku sepenuhnya tanpa sebarang segan dan silu. haa.. itu adalah salah ye adik2. 

okehla, stret to da point jela. Baru2 ni tgh aku dok bz ngn fb+tagged+MAYA aku..tibe ada someone tlah meng-IM aku. Junior aku rupanya. Tapi macam pelik pun ada sebab kitorang ni taklah close mane. Cuma kebetulan sama-sama jd AJK dinner. 
Dia yang kebuntuan dengan flyers die, die mintala tolong aku selamatkan flyers yang die buat tu. 
So, aku yang memg tengah free tu pun bg komen n idea baru untuk flyers die tu..

Ini adalah karya hasil si kunep. Pada pendapat aku la, ase macam serabut sangat.

Dan yang ni aku punye yang aku dah olah2 balik yang die punye. 

Haha tu je aku nak share. AriOs. 

Mimpi or Realiti?



Rasanya dah berkurun berdebu aku tinggalkan blog aku ni. Almaklumlah masih lagi sibuk dengan segala projek, tambah2 lagi aku dah nak final dah ni. Terlebih dahulu suka aku nak share kat sini, after presentation maut aku (ENT 300), sedang aku berjalan menuju klas VCL, tibe2 aku terkejut melihat artwork aku didisplay utk event arcade baru2 nie. Mula2 tu rase siyes cam mimpi. Bila aku pegi dekat, aku memg tak mimpi. Itu memg artwork aku sem 3. Syukur Alhamdulillah. Karya aku berada dikalangan karya2 orang yang terpilih dan yang ohsem2. ^_^ Suke tak terkata. Untuk pencapaian peribadi, bagi aku, ini suatu penghargaan terhadap hasil titik peluh aku berusaha berkorban macam2 sampai tak cukup tido!! (standard la tu kan.) Tapi penat lelah tu seperti dah terbayar. AKU SUKE GILER!

kat bawah ni gambar artwork aku yang didisplay kat foyer fakulti aku. ^_^ belah depan plak tu. perrggh!! suke! suke! 

Gambar senget sebab rushing nak pegi klas. Artwork aku yang tengah2 tu. :)
Aku punye yang kiri, storm shadow lawan snake eyes. :) yang sebelah tu kawan sekelas aku punye, Pidoh.



 Mengimbau balik mase aku bersusah payah nak siapkan kerja ni memg tersangatlah rumit dan memerlukan ketekunan yang terlampau. Tapi demi kepuasan aku sendiri, aku memberikan tumpuan lebih kepada projek ni sebab aku takut untuk projek2 seterusnya aku akn menghadapi kesulitan. (tapi memg betul pun.) So kat bawah ni plak aku tunjukkan step2 yang aku kena buat sehinggalah mendapat hasil terakhir. :)

Aku gune adobe illustrator utk trace dan adobe photoshop utk tacap balik.

Final result. ^_^

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan, kerana tak pernah sangka pun aku akn dapat rasa macam ni. Mungkin inilah yang dikatakan, bile once kite dah buat benda yang kita suke, kite enjoy dan kita akan rase berbaloi even kadang sampai kite ni dah mcm xrupe orang. haha. aku tak tau la orang laen. Untuk diri aku, aku ni yang tak suke tido semata-mata nak siapkan kerja adalah tak normal. (orang la yg selalu ckp) tapi tak kisahlah, selagi aku buat bnda yang aku enjoy nak buat, dan aku dapat hasilnya yang ohsem berbaloi la kan? ko mampu? takkan. haha. okeh, tu jer dulu nak citer pasal ni. Buang yang keruh ambil yang jernih. Langit tak selalu cerah, hidup pun tak selalu indah. Tapi kalau sesekali jadi macam ni pun dah cukup ohsem what? haha oke, see you on my next story da mory. ^_^ terima kasih kerana sudi bace.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan ketibaan mu ku rai :)

sempena bulan ramadhan yg mulia ini, saye nurul aida binti senawi ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. :) pose jgn tak pose ye kawan-kawan! :)

Sunday, July 1, 2012

Viva Owners Club

bismillahhirrahmannirrahim. 

1st time design untuk club. tambah2 club kereta plak. memang perah idea giler-giler la gak. tapi biasala, tak semua idea kita orang boleh terima. tapi alhamdulillah, aku dapat jugak buat. :) terima kasih kepada Harlina Zainudin coz bagi peluang dekat aku utk buat design t-shirt tu. :) nila hasil design :-


baju collar lengan pendek



Lengan panjang round neck

feed back : untuk design collar tu berlaku perubahan pada design asal. tapi its okeh. aku cuma buat apa yang disuruh jer. tapi untuk share dalam blog ni, aku suka nak share yang design asal. :)

sebenarnya aku memang sangat suka design t-shirt. tapi masih lagi dalam proses belajar. aku pun ada ambil upah untuk mendesign-design t-shirt ni. juz design jerla, printing aku tak buat. so sesape nak hire aku untuk design t-shirt pape bolehla emeil or inbox kat fb aku k. :) harga boleh dirunding. apa pun, thnkx sebab luangkan masa jengah blog aku. ^_^