Pages

Monday, February 24, 2014

Animagis Snd Bhd

Alhamdulillah rezeki, berkat doa aku dapat juga praktikal di Animagis.
kenapa Animagis?
sebab, animagis ni la yang datang ajar masa kami kursus "Adobe Photoshop dan 3D animation" di Sightech. Dan mereka jugalah mula-mula memperkenalkan tentang software BLENDER ni. So, aku beranggapan mereka akan lebih arif dgn software ni. bila dipertontonkan trailer 'Si Bongkok Tanjung Puteri' aku rasa excited sgt nak tgk macam mana dorang bekerja dalam bidang animasi ni. Mesti seronok.

teaser untuk animasi "Si Bongkok Tanjung Puteri"
 (not bad la kan..)



So sepanjang aku praktikal di sini banyak jugakla yang aku dapat selain dari ilmu dan pengalaman, bos aku baik hati, abg kakak senior yang baik2 tak kedekut ilmu. Cuma kitorang jela pemalu2. hehe
 Kitorang pn belajar berperingkat2, dan tidaklah sekali sekelepuk dia bagi. Maksud aku, dorang ajar sikit, then dorang bg task, sampai kitorang ok, pastu baru move to da next level.

Ok, benda basic kitorang dah dapat masa kursus sebelum ni ialah pengenalan tools, modelling, texture, and simple render. So, minggu 1st tu kitorang di ajar untuk posting. After aku buat sedikit research, aku pun apply lah pada character Si Bongkok yg diberi so inilah hasilnya. :)


Silau

Bawak kotak


serenade

Tahan dinding
 Posting ni bkan khusus pada badan sahaja ye, sekali ngan ekspresi raut wajah muka tu sekali. ^_^
Ok, selesai belajar tu, kitorang belajar cara untuk animate pulak. So dari situ kitorang belajar tentang keyframe, timeline, and so on so on.

animation pertama yang aku verjaya buat adalah si Bongkok melompat. Even nampak macam kelakar, tapi memang kelakar pun. haha.. 1st try. biasa la.

next aku dapat belajar in advance iaitu cara berjalan. Actually before nak buat tu, aku rasa macam senang je nak buat dia berjalan. Tapi sebenarnya susah bagi amature macam aku ni. Sebab ape? sebab kita kene tahu sebenarnya mcm mana kaki kite berjalan. Ada step2 dia and bukan senang2 angkat letak angkat letak jer. Kita kene tahu pergerakan tapak kaki kita bagi nampak bila berjalan tu taklah keras je.

Ni hasil dari trick and ilmu yang abg tu bg kat aku. :)
yang ni dia jalan setempat jer.

Lepas habis belajar animate pergerakan badan, kitorang start belajar untuk lips sync plak. Waktu belajar lips sync ni macam kelakar sikit sebab kitorang kene dengar 1 dialog tu ulang2 banyak kali.

Habis sesi belajar lips sync, kitorang kene practice combinekan semua supaya jadi satu scene animasi lengkap. Tapi tu pun belum cukup lengkap lagi. Ilmu camera pn kene improve gak. pandai amek angel cantik, baru hasil view yang cantik jugak.

Kat bawah ni contoh lips sync yang aku buat. Kire ni 1st try la. Movement pn tah hape2. haha


okey, next.. sambil2 kitorang belajar ilmu BLENDER ni, kitorang ada gak diminta khidmat pertolongan dari abg kakak senior kat sana. Bagi memudahkan kerja dorang. Even dorang bz dengan siri kartun si Bongkok, namun dorang tetap ada tugasan lain antaranya animate cartoon character utk segment di Lava Kids tv2. So, selalunya kitorang la yang akan kene buat animate and lips sync utk character moots tu. Sempatlah dapat buat 2 3 episode. :) kawan2 lain pun dapat gak episode lain. kira kitorang bahagi2kan episode setiap sorang.
Actually aku sendiri pun tak berkesempatan sangat nak tengok hasil kerja aku kat tv memandangkan cerita tu pun awal pagi (pukul 9). Selalu time2 camtu aku dok sibuk kemas blik and dok mengadap laptop aku. Tapi pernah la sekali dua kalau mood tetiba rajin nk bukak tv awal pagi dapat sempatlah tengok. ^_^

aku tak dapat nak upload yang aku dah buat sebab takut salah. haha. so aku upload yg dah disiarkan di tv je ye. :)
sumber : youtube

Selain dari belajar proses nak bikin 1 animasi aku belajar jugak susah payahnya nak wujudkan production team, pastu cabaran2 dunia animasi ni, cost, software, computer condition, dan macam2 lagi la. So, aku sangat salute la kat bos aku tu sebab die sanggup terima cabaran ni semata demi sesuatu yang die suka.

Oh ya, 1 lagi pengalaman baru yang aku dapat semasa praktikal di sana, aku juga dapat mencuba bakat dalam membuat voice over utk character dalam siri si Bongkok. Aku memegang watak Hassan iaitu kawan kepada bongkok. Seronok! Tapi susah sebenarnya. Mungkin sebab aku memg tak berbakat kot. hahaha

(errggh.. gemoknye lahai. hahaha)
Oklah, rasa dah byk aku kongsi pengalaman aku sepanjang aku praktikal di Animagis Snd Bhd. :) Sebelum aku habiskan praktikal aku dkat sana, aku sempatla tinggalkan kenangan buat semua kakak dan abang senior. :) Poster Bbq Hari Raya Animagis. kbhai!

Poster Bbq Raya (tapi aku tak dapat nak join sebab kene pegi Langkawi malam tu.)



No comments:

Post a Comment