Pages

Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, March 25, 2014

Diploma Show Sem 5 UiTM Seri Iskandar.


Nama company : Doyan Crepes
Product : Durian Crepes
Inspirasi : Secret Recipes. 

Kenapa aku pilih doyan crepes ni? sbab aku memg saja nak nyusahkan diri aku buat something yg orang lain tak buat n tak pernah lagi ada. hehehe. Sbab aku fikir macam susah nak cari durian crepe ni. kalau ada pun jarang ada kat kedai. kena order online la, cari orang yg pandai buat. so dari situ la timbul idea aku nak buat bnda ni. sebenarnya target aku macam ni, aku nk buat durian crepes yg byk version. means ada mix oreo ke, mix fruit lain ke, kire ada byk jenis la. tapi disebabkan idea aku kecelaruan byk sgt. itu nak buat ini nak buat, lastnya aku terfokus pada durian sahaja.

Tuesday, October 23, 2012

Kerja terbaik aku sem 4 ni.

Final projek 3D aku. Nintendo 3DS.

ape je yg aku buat??

software:
Autodesk MAYA.

mula2 aku kene bentukkan dari bentuk basic (cth: cylinder, cube, dll) kepada bentuk game boy Nintendo 3DS ni. :) dah siap membentukkan, kene masukkan kaler/texture. (Blinn, pong, or Miaa) 

dah siap, masuk camera editing plak. ni proses nk memvideokan benda alah tu. :) 
so setiap view yg kite tgk dalam video tu, adalah setiap camera moving yg telah setting kan. :) menarikkan? 

final process ialah rendering. rendering ni process utk save video tu utk jadi kepingan2 gambar (depends pada setiap individu. nk save jadi video pn boleh.) bile dah dicombinekan semua2 gambar2 tu, baru la jadi video.

Untuk final touch up.
aku guna software Sony Vegas. 
tak banyak pn yg aku edit2. cuma tambah lagu+sikit text. 

aku amek masa dekat 3 minggu jugak utk siapkan sume nie. sbabkan baru proses nk belaja, so aku kene test dlu stiap bnda dalam MAYA tu. 

Kalau dibagi bintang, aku bg 3 1/2 dari 5. puas tu ada, tp still xpuas sangat. sbab aku tau aku boleh buat jauh lebih baek kalau aku boleh hadap benda ni saja. (kene consider jgak aku ada subjek2 laen)

InsyaAllah, aku akan cuba perbaiki kelemahan aku dari masa ke semasa. byk lagi yang aku kene polish.
doakan aku ye. thnkx sbab bace. :)

Wednesday, September 26, 2012

Mimpi or Realiti?



Rasanya dah berkurun berdebu aku tinggalkan blog aku ni. Almaklumlah masih lagi sibuk dengan segala projek, tambah2 lagi aku dah nak final dah ni. Terlebih dahulu suka aku nak share kat sini, after presentation maut aku (ENT 300), sedang aku berjalan menuju klas VCL, tibe2 aku terkejut melihat artwork aku didisplay utk event arcade baru2 nie. Mula2 tu rase siyes cam mimpi. Bila aku pegi dekat, aku memg tak mimpi. Itu memg artwork aku sem 3. Syukur Alhamdulillah. Karya aku berada dikalangan karya2 orang yang terpilih dan yang ohsem2. ^_^ Suke tak terkata. Untuk pencapaian peribadi, bagi aku, ini suatu penghargaan terhadap hasil titik peluh aku berusaha berkorban macam2 sampai tak cukup tido!! (standard la tu kan.) Tapi penat lelah tu seperti dah terbayar. AKU SUKE GILER!

kat bawah ni gambar artwork aku yang didisplay kat foyer fakulti aku. ^_^ belah depan plak tu. perrggh!! suke! suke! 

Gambar senget sebab rushing nak pegi klas. Artwork aku yang tengah2 tu. :)
Aku punye yang kiri, storm shadow lawan snake eyes. :) yang sebelah tu kawan sekelas aku punye, Pidoh.



 Mengimbau balik mase aku bersusah payah nak siapkan kerja ni memg tersangatlah rumit dan memerlukan ketekunan yang terlampau. Tapi demi kepuasan aku sendiri, aku memberikan tumpuan lebih kepada projek ni sebab aku takut untuk projek2 seterusnya aku akn menghadapi kesulitan. (tapi memg betul pun.) So kat bawah ni plak aku tunjukkan step2 yang aku kena buat sehinggalah mendapat hasil terakhir. :)

Aku gune adobe illustrator utk trace dan adobe photoshop utk tacap balik.

Final result. ^_^

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan, kerana tak pernah sangka pun aku akn dapat rasa macam ni. Mungkin inilah yang dikatakan, bile once kite dah buat benda yang kita suke, kite enjoy dan kita akan rase berbaloi even kadang sampai kite ni dah mcm xrupe orang. haha. aku tak tau la orang laen. Untuk diri aku, aku ni yang tak suke tido semata-mata nak siapkan kerja adalah tak normal. (orang la yg selalu ckp) tapi tak kisahlah, selagi aku buat bnda yang aku enjoy nak buat, dan aku dapat hasilnya yang ohsem berbaloi la kan? ko mampu? takkan. haha. okeh, tu jer dulu nak citer pasal ni. Buang yang keruh ambil yang jernih. Langit tak selalu cerah, hidup pun tak selalu indah. Tapi kalau sesekali jadi macam ni pun dah cukup ohsem what? haha oke, see you on my next story da mory. ^_^ terima kasih kerana sudi bace.

Thursday, June 28, 2012

Stok dalam Stor

bismillahirrahmannirrahim.

harini tergerak hati plak nak share2 stok2 kereje sekolah dari part 1 sampai part 3. hiah! hiah! takda la owhsyem mane, tapi stakat ni alhamdulillah ada la perkembangan sikit2. apa yang aku kongsi ni more pada subjek graphic la ye. :)

okeh, start dengan subjek part 1. masa tu baru lagi nak belaja perah2 otak nak buat logo ni. orang kata tengah blur2 lagi la. masa tu dah rasa owhsyem habis la. :P 

subjek : graphic 
lecturer : cik azlan
nota : kena buat logo sendiri. so aku buatla logo untuk company mouse "CLIQUE". miahaha. 



okeh, naik part2 ni la baru aku rasa kecenderungan aku sebenarnya. kene buat redesign logo brand yang dah ada kat pasaran. aku pilih coolblog sbab dlu aku ni hantu coolblog. bila tengok-tengok logo coolblog tu, aku pun decide la nak tukar logo coolblog pada design aku sendiri. dan maka inilah hasilnya. 

subjek : graphic communication II
lecturer: encik shahril rashid
nota : ni sume item2 yang aku kene present. alhamdulillah, utk esesmen yang ni, aku berjaya dapat A-. fiuh! hip2 hooray!
Logo coolblog

poster


pastu lagi satu subjek yang aku sangat-sangat enjoy buat masa part 2 nie ialah subjek puan intan. :) kami kena buat mock up magazine design kami sendiri. teruja2! :) walaupun agak kelam kabut masa tu nak siapkan, alhamdulillah dapat gak A. Yeehoo!

subjek : visual communication
lecturer : puan intan nur firdaus.
nota : kami cuma buat cover magazine, single spread dan double spread. :) 

cover magazine

double spread

*single spread aku hilang mane tah. T.T pnat wo buat pastuh hilang.

okeh habis stok part 1 ngn part 2. sekarang cerita stok part 3 plak. dalam banyak-banyak kereja part 3 yang elok ni je la satu-satu nya. yang laen mane? entahlah. atas masalah peribadi yang berlaku sepanjang sem 3 nie, walaupun aku sudah bekerja keras tapi aku kena akui jugak yang aku mengalami tekanan yang sangat-sangat sepanjang sem 3 ni. dan disebabkan itu jugak aku terpaksa terimalah jugak kenyataan kenapa pointer aku jatuh. 

subjek : Digital illustration
lecturer : Cik acap yang owhsyem!
nota : ni projek 1. copy artwork. supposed to be ada 3 projek. redesign ngan buat promotion item guna character yang kita dah redesign dari character asal. yang promotion item tu pun malu lah aku nk share kat sini. T.T nasib baik jela subjek ni aku tak fail walaupun banyak yang aku tak sempat nak cover.

copy artwork. 

*masa yang projek redesign, seriously aku memang dah hampakan cik acap plus diri aku juga. tapi dalam kekecewaan tu aku tahu yang cik acap tahu kemampuan sebenar aku. "this is not u. awak boleh buat lebih lagi dari ini." hurm..

sepatutnya ada lagi 1 subjek grafik untuk sem 3 ni, Typography. tp kebanyakkannya aku tak save dalam format jpeg. so tak dapat la nak sharing2 kat sini. (padahal xnak share sbab buruk giler.miahaha) ape pun, big thankx kat Puan intan sbab bagi aku sorang je peluang untuk siapkan journal tu. terima kasih sangat2. :) tu la untungnya balik lambat-lambat ni. 

Ada lagi satu sabjek yang aku nak share iaitu subjek EAD 217 (digital photography) aku ni pun bukan la superb sangat bab photography ni. tapi mungkin ada minat jugakla tu yang aku ambik juga photo ni. gambar yang aku nak share ni untuk projek finale. walaupun dalam keadaan aku yang tak terurus masa tu, alhamdulillah banyak jugak yang aku dapat. tapi pertama-pertama sekali aku nak panjatkan kesyukuran sebab dalam aku susah-susah tu Allah banyak tolong aku. insaf2. T.T 

subjek : EAD 217
lecturer : miss sharina
nota : gambar ni aku nak ceritakan bahawa walaupun watak perempuan tu tersenyum diusia remaja dia, tapi hakikatnya ada banyak cerita-cerita pahit yang berlaku dalam hidup dia yang terselindung dalam hati dia. (awan mendung terselindung pokok) actually based on kisah hidup aku jugak. :) igt pesan miss, "awak kena pertahankan apa yang awak nak sampaikan. bukan ikut pemerhatian orang lain." :) terima kasih miss sbab secara tak sengaja kita sharing2 banyak perkara. terima kasih!

Model : Fadilah Ahmad
Tempat : Taman polo Ipoh

itu jelah kot stok-stok yang mampu aku share. yang lebih-lebih tu xdapat la sbab keburukan yang teramat. hahaha :P okeh. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. segala teguran amat diperlukan bagi menaikkan mutu kualiti hasil kerja untuk masa akan datang. :) terima kasih kerana membaca.