Pages

Tuesday, October 23, 2012

Kerja terbaik aku sem 4 ni.

Final projek 3D aku. Nintendo 3DS.

ape je yg aku buat??

software:
Autodesk MAYA.

mula2 aku kene bentukkan dari bentuk basic (cth: cylinder, cube, dll) kepada bentuk game boy Nintendo 3DS ni. :) dah siap membentukkan, kene masukkan kaler/texture. (Blinn, pong, or Miaa) 

dah siap, masuk camera editing plak. ni proses nk memvideokan benda alah tu. :) 
so setiap view yg kite tgk dalam video tu, adalah setiap camera moving yg telah setting kan. :) menarikkan? 

final process ialah rendering. rendering ni process utk save video tu utk jadi kepingan2 gambar (depends pada setiap individu. nk save jadi video pn boleh.) bile dah dicombinekan semua2 gambar2 tu, baru la jadi video.

Untuk final touch up.
aku guna software Sony Vegas. 
tak banyak pn yg aku edit2. cuma tambah lagu+sikit text. 

aku amek masa dekat 3 minggu jugak utk siapkan sume nie. sbabkan baru proses nk belaja, so aku kene test dlu stiap bnda dalam MAYA tu. 

Kalau dibagi bintang, aku bg 3 1/2 dari 5. puas tu ada, tp still xpuas sangat. sbab aku tau aku boleh buat jauh lebih baek kalau aku boleh hadap benda ni saja. (kene consider jgak aku ada subjek2 laen)

InsyaAllah, aku akan cuba perbaiki kelemahan aku dari masa ke semasa. byk lagi yang aku kene polish.
doakan aku ye. thnkx sbab bace. :)

Wednesday, September 26, 2012

Tolong menolong.


Sejujurnya, aku suka bila orang suka pertanyakan pendapat aku. Tak kisah dalam apa pun perkara. Lebih-lebih lagi dalam belajar. Aku senang nak berkongsi. Tapi kenalah ada give and take. Dan bukan buat aku mcm BABU. (bkn babi yer, mencarut tu adalah xshat. haha) 
Maksudnya, minta tolong buat cara mcm nk minta tolong, means tunjuk ajar dan bukan lah menggunakan khidmat dan idea aku sepenuhnya tanpa sebarang segan dan silu. haa.. itu adalah salah ye adik2. 

okehla, stret to da point jela. Baru2 ni tgh aku dok bz ngn fb+tagged+MAYA aku..tibe ada someone tlah meng-IM aku. Junior aku rupanya. Tapi macam pelik pun ada sebab kitorang ni taklah close mane. Cuma kebetulan sama-sama jd AJK dinner. 
Dia yang kebuntuan dengan flyers die, die mintala tolong aku selamatkan flyers yang die buat tu. 
So, aku yang memg tengah free tu pun bg komen n idea baru untuk flyers die tu..

Ini adalah karya hasil si kunep. Pada pendapat aku la, ase macam serabut sangat.

Dan yang ni aku punye yang aku dah olah2 balik yang die punye. 

Haha tu je aku nak share. AriOs. 

Mimpi or Realiti?



Rasanya dah berkurun berdebu aku tinggalkan blog aku ni. Almaklumlah masih lagi sibuk dengan segala projek, tambah2 lagi aku dah nak final dah ni. Terlebih dahulu suka aku nak share kat sini, after presentation maut aku (ENT 300), sedang aku berjalan menuju klas VCL, tibe2 aku terkejut melihat artwork aku didisplay utk event arcade baru2 nie. Mula2 tu rase siyes cam mimpi. Bila aku pegi dekat, aku memg tak mimpi. Itu memg artwork aku sem 3. Syukur Alhamdulillah. Karya aku berada dikalangan karya2 orang yang terpilih dan yang ohsem2. ^_^ Suke tak terkata. Untuk pencapaian peribadi, bagi aku, ini suatu penghargaan terhadap hasil titik peluh aku berusaha berkorban macam2 sampai tak cukup tido!! (standard la tu kan.) Tapi penat lelah tu seperti dah terbayar. AKU SUKE GILER!

kat bawah ni gambar artwork aku yang didisplay kat foyer fakulti aku. ^_^ belah depan plak tu. perrggh!! suke! suke! 

Gambar senget sebab rushing nak pegi klas. Artwork aku yang tengah2 tu. :)
Aku punye yang kiri, storm shadow lawan snake eyes. :) yang sebelah tu kawan sekelas aku punye, Pidoh.



 Mengimbau balik mase aku bersusah payah nak siapkan kerja ni memg tersangatlah rumit dan memerlukan ketekunan yang terlampau. Tapi demi kepuasan aku sendiri, aku memberikan tumpuan lebih kepada projek ni sebab aku takut untuk projek2 seterusnya aku akn menghadapi kesulitan. (tapi memg betul pun.) So kat bawah ni plak aku tunjukkan step2 yang aku kena buat sehinggalah mendapat hasil terakhir. :)

Aku gune adobe illustrator utk trace dan adobe photoshop utk tacap balik.

Final result. ^_^

Syukur Alhamdulillah aku panjatkan, kerana tak pernah sangka pun aku akn dapat rasa macam ni. Mungkin inilah yang dikatakan, bile once kite dah buat benda yang kita suke, kite enjoy dan kita akan rase berbaloi even kadang sampai kite ni dah mcm xrupe orang. haha. aku tak tau la orang laen. Untuk diri aku, aku ni yang tak suke tido semata-mata nak siapkan kerja adalah tak normal. (orang la yg selalu ckp) tapi tak kisahlah, selagi aku buat bnda yang aku enjoy nak buat, dan aku dapat hasilnya yang ohsem berbaloi la kan? ko mampu? takkan. haha. okeh, tu jer dulu nak citer pasal ni. Buang yang keruh ambil yang jernih. Langit tak selalu cerah, hidup pun tak selalu indah. Tapi kalau sesekali jadi macam ni pun dah cukup ohsem what? haha oke, see you on my next story da mory. ^_^ terima kasih kerana sudi bace.

Friday, July 20, 2012

Ramadhan ketibaan mu ku rai :)

sempena bulan ramadhan yg mulia ini, saye nurul aida binti senawi ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat seluruh dunia. :) pose jgn tak pose ye kawan-kawan! :)

Sunday, July 1, 2012

Viva Owners Club

bismillahhirrahmannirrahim. 

1st time design untuk club. tambah2 club kereta plak. memang perah idea giler-giler la gak. tapi biasala, tak semua idea kita orang boleh terima. tapi alhamdulillah, aku dapat jugak buat. :) terima kasih kepada Harlina Zainudin coz bagi peluang dekat aku utk buat design t-shirt tu. :) nila hasil design :-


baju collar lengan pendek



Lengan panjang round neck

feed back : untuk design collar tu berlaku perubahan pada design asal. tapi its okeh. aku cuma buat apa yang disuruh jer. tapi untuk share dalam blog ni, aku suka nak share yang design asal. :)

sebenarnya aku memang sangat suka design t-shirt. tapi masih lagi dalam proses belajar. aku pun ada ambil upah untuk mendesign-design t-shirt ni. juz design jerla, printing aku tak buat. so sesape nak hire aku untuk design t-shirt pape bolehla emeil or inbox kat fb aku k. :) harga boleh dirunding. apa pun, thnkx sebab luangkan masa jengah blog aku. ^_^



Percubaan pertama

bismillahirrahmannirrahim.


masa cuti sem lepas, alhamdulillah aku diberi peluang dan sebenarnya aku sndiri yang mencuri peluang mencurahkan idea untuk mendesign baju tshirt family day haji tugiman kali ke-3. tp actually design dah siap sbelum cuti sem start. big thanks kepada pengkritik tetap aku, Fadilah ahmad. :) maka inilah hasilnya :-



feedback : Alhamdulillah, syukur sangat2 rata semuanya suka sangat dengan design kali ini. tambahan, aku mencuri peluang ni nak menonjolkan minat dan kecenderungan aku yang sebenar. dan harap aku dapat menjawab jutaan persoalan tentang study aku kenapa aku berubah angin. :) 

tapi apa pun, aku masih lagi setahun jagung dalam bidang ni. banyak lagi yang aku kene belajar. ada banyak lagi cabaran yang aku kene tempuhi sebelum aku berjaya. semoga berkat usaha dan doa semua tercapailah hasrat dan cita-cita aku suatu hari nanti, InsyaAllah. amiin.. :)


Thursday, June 28, 2012

Stok dalam Stor

bismillahirrahmannirrahim.

harini tergerak hati plak nak share2 stok2 kereje sekolah dari part 1 sampai part 3. hiah! hiah! takda la owhsyem mane, tapi stakat ni alhamdulillah ada la perkembangan sikit2. apa yang aku kongsi ni more pada subjek graphic la ye. :)

okeh, start dengan subjek part 1. masa tu baru lagi nak belaja perah2 otak nak buat logo ni. orang kata tengah blur2 lagi la. masa tu dah rasa owhsyem habis la. :P 

subjek : graphic 
lecturer : cik azlan
nota : kena buat logo sendiri. so aku buatla logo untuk company mouse "CLIQUE". miahaha. 



okeh, naik part2 ni la baru aku rasa kecenderungan aku sebenarnya. kene buat redesign logo brand yang dah ada kat pasaran. aku pilih coolblog sbab dlu aku ni hantu coolblog. bila tengok-tengok logo coolblog tu, aku pun decide la nak tukar logo coolblog pada design aku sendiri. dan maka inilah hasilnya. 

subjek : graphic communication II
lecturer: encik shahril rashid
nota : ni sume item2 yang aku kene present. alhamdulillah, utk esesmen yang ni, aku berjaya dapat A-. fiuh! hip2 hooray!
Logo coolblog

poster


pastu lagi satu subjek yang aku sangat-sangat enjoy buat masa part 2 nie ialah subjek puan intan. :) kami kena buat mock up magazine design kami sendiri. teruja2! :) walaupun agak kelam kabut masa tu nak siapkan, alhamdulillah dapat gak A. Yeehoo!

subjek : visual communication
lecturer : puan intan nur firdaus.
nota : kami cuma buat cover magazine, single spread dan double spread. :) 

cover magazine

double spread

*single spread aku hilang mane tah. T.T pnat wo buat pastuh hilang.

okeh habis stok part 1 ngn part 2. sekarang cerita stok part 3 plak. dalam banyak-banyak kereja part 3 yang elok ni je la satu-satu nya. yang laen mane? entahlah. atas masalah peribadi yang berlaku sepanjang sem 3 nie, walaupun aku sudah bekerja keras tapi aku kena akui jugak yang aku mengalami tekanan yang sangat-sangat sepanjang sem 3 ni. dan disebabkan itu jugak aku terpaksa terimalah jugak kenyataan kenapa pointer aku jatuh. 

subjek : Digital illustration
lecturer : Cik acap yang owhsyem!
nota : ni projek 1. copy artwork. supposed to be ada 3 projek. redesign ngan buat promotion item guna character yang kita dah redesign dari character asal. yang promotion item tu pun malu lah aku nk share kat sini. T.T nasib baik jela subjek ni aku tak fail walaupun banyak yang aku tak sempat nak cover.

copy artwork. 

*masa yang projek redesign, seriously aku memang dah hampakan cik acap plus diri aku juga. tapi dalam kekecewaan tu aku tahu yang cik acap tahu kemampuan sebenar aku. "this is not u. awak boleh buat lebih lagi dari ini." hurm..

sepatutnya ada lagi 1 subjek grafik untuk sem 3 ni, Typography. tp kebanyakkannya aku tak save dalam format jpeg. so tak dapat la nak sharing2 kat sini. (padahal xnak share sbab buruk giler.miahaha) ape pun, big thankx kat Puan intan sbab bagi aku sorang je peluang untuk siapkan journal tu. terima kasih sangat2. :) tu la untungnya balik lambat-lambat ni. 

Ada lagi satu sabjek yang aku nak share iaitu subjek EAD 217 (digital photography) aku ni pun bukan la superb sangat bab photography ni. tapi mungkin ada minat jugakla tu yang aku ambik juga photo ni. gambar yang aku nak share ni untuk projek finale. walaupun dalam keadaan aku yang tak terurus masa tu, alhamdulillah banyak jugak yang aku dapat. tapi pertama-pertama sekali aku nak panjatkan kesyukuran sebab dalam aku susah-susah tu Allah banyak tolong aku. insaf2. T.T 

subjek : EAD 217
lecturer : miss sharina
nota : gambar ni aku nak ceritakan bahawa walaupun watak perempuan tu tersenyum diusia remaja dia, tapi hakikatnya ada banyak cerita-cerita pahit yang berlaku dalam hidup dia yang terselindung dalam hati dia. (awan mendung terselindung pokok) actually based on kisah hidup aku jugak. :) igt pesan miss, "awak kena pertahankan apa yang awak nak sampaikan. bukan ikut pemerhatian orang lain." :) terima kasih miss sbab secara tak sengaja kita sharing2 banyak perkara. terima kasih!

Model : Fadilah Ahmad
Tempat : Taman polo Ipoh

itu jelah kot stok-stok yang mampu aku share. yang lebih-lebih tu xdapat la sbab keburukan yang teramat. hahaha :P okeh. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan. segala teguran amat diperlukan bagi menaikkan mutu kualiti hasil kerja untuk masa akan datang. :) terima kasih kerana membaca.



Tuesday, June 26, 2012

Ice breaking


bismillahirrahmannirrahim.

first of all, syukur alhamdulillah akhirnya aku berjaya juga mempunyai 1 ruang yg boleh aku bebas berkarya dan jadikan sebagai 1 medium utk aku mempratontonkan segala hasil karya kerja aku disepanjang aku bergelar pelajar grafik ni. ruang ni juga aku guna sbagai 1 ruang utk mencari pengalaman bekerja sebagai seorang freelance graphic designer. 

dik kerana keterujaan aku dalam bidang graphic ni, especially kat dalam cabang advertising ni aku cubalah memulakan langkah pertama dengan menonjolkan diri seperti ini. bak kata orang-orang tua, tak kenal maka tak cinta. so, kalau tak kenal sape nurul aida senawi, mane nk tau aku punye talent, tol x?

aku mengharapkan sokong dan dorongan dari mak abh abg adk kakoq sume2 kawang2 dan sesape yg mengenali diri ini. so doakan la aku berjaya ek.. t aku dah kaya raye aku velanje mekdi ea. :) 

akhir kalam, terus la support aku and rajin2 la usha2 blog aku nie okeh. jutaan terima kasih atas sokongan anda. majulah aida utk keluarga. miahahaha. arioS